Assalammualaikum... :) Hy.. Selamat datang ke blog saya. Dah masuk jgn lupa follow k? tQ ^^,

~I L.O.V.E You~

Seronok! Seronok! Seronok!


Assalammualaikum..

Dah lame aku tak update blog kn.. Kali ni aku nak update entry pasal kegembiraan aku semalam.. Pertama, lagi sekali bofiee aku balik tanpa bagitau aku.. Tiba-tiba muncul depan umah je. Aku pn ape lg, ajak la dia pegi umah adik angkat aku. Adik angkat aku tunang semalam. Hasliza nama nye.. Tahniah Cza :) 


Inilah wajah akak and abg ipar angkat dia.. Heheh



Nielah orangnye.. Hasliza.. Tahniah!


Nie abg angkat dengan bestfriend dia :)

Pastu aku ajak dia jumpe member aku dekat Taman Senai Jaya.. Fitri Yanti namanya..Dia baru dapat baby baru, gegurl. Nama baby tuh lau tak silap aku la, Nur Ariana Farina / Farhana.. Sory la Yan,aku lupa la nama anak kau.. Hahaha.. Then, aku, my bofiee, adik angkat aku a.k.a Ejad dgn awek dia a.k.a Fuza jalan2 dekat IOI Mall, Kulai. Seronok gila lah! Dengan kesilapan teknikal bofiee aku lagi.. Hahahah! mmg lawak la! Tapi biarlah itu menjadi rahsia kami berempat.. Pape pn, korang memang best lah! Aku sayang sangat kat korang sume.. :)


P/S: Thanx awk sbb buat saya hepi semalam.. Sayang awak sangat2!



Sayang Awak :)

Cinta semakin pudar? Tengok cepat!



Assalammualaikum..

Hari nie aku nak kongsi sikit tanda-tanda cinta gf/bf yang semakin pudar. Korang baca dulu and nilai lah sendiri samada cinta korang masih utuh macam dulu atau sudah pudar? Korang baca and check ok?

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  4. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  5. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  6. Mula keluar dengan orang lain
  7. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  8. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  9. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  10. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘eemm k’ jer
  11. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  12. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  13. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  14. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  15. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  16. Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
  17. Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya.
  18. Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
  19. Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 10 kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
  20. Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
  21. Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
  22. Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la.
  23. Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
  24. Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
  25. Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
  26. Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
  27. Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.

Ha... Korang dah baca kan? So macam mane? Ada tak sikit-sikit perubahan yang berlaku pada gf/bf korang?? Cepat bertindak sebelum kita yang menagis nanti. Aku pn kena check neh.kot2 bf aku pn ade pagai yang macam ni. Hehehe.. Ok la. kita jumpa lagi nanti ye? K bye..........


P/S: Kalau awak ade perangai macam kat atas neh, siap awk! (Amaran!)
Sayang Awak :)

3 Tahun 4 Bulan


Assalammualaikum..

Hari ni aku nk update entry pasal hubungan kiteorang yang genap setahun. Sebenarnya dh 3tahun. Tapi aku nak tunjuk korang gambar kiteorang dari setahun ke setahun. Hehehe.. Kiteorang couple pada 10/09/2008. And pada 10/09/2009 genap lah hubungan kiteorang yang ke setahun. Cepat je masa berlalu aku rasa masa tuh.Ok, sekarang aku nak tunjuk gambar kiteorang pada tahun pertama perkenlan kiteorang..


Genap Setahun


Amacam? Ok x? Hehehe.. Ok, pada 10/09/2010 genap la hubungan kiteorang yang ke-2 tahun. Ya Allah, memang tak sangka akan kekal sampai 2 tahun. Ok sekarang tengok gambar kiteorang bila genap 2 tahun. Tengok tw!

Genap 2 tahun

Haa.... And pada 10/09/2011 genaplah hubungan kiteorang yang ke-3 tahun. Memang cepat sangat masa berlalu.. And lagi sekali memang tak sangka akan kekal sampai ke hari nie. Doa aku agar kekal and bahagia. Amin.... Next, gambar hubungan ke 3 tahun.

Genap 3 tahun



Ok. Pada aku yang penting kejujuran, kesetiaan, kasih sayang and saling memahami akan membuat hubungan kita tahan lama. Alhamdulillah,itu yang terjadi pada aku. Dan pada 10/01/2012, kiteorang dah couple selama 3 tahun 4 bulan. Amin..
Oklah, itu saja entry aku untuk hari nie. K byee....


P/S: Aku sayang sangat2 dekat Kau!


Sayang Awak :)

Kaulah cinta hatiku..

Mohammad Syaffiq Bin Mohd Yusof

Assalammualaikum...

Aku nak cite sikit pasal dia.. Nama dia Mohammad Syaffiq Bin Mohd Yusof. Umur dia sebaya aku. Dilahirkan pada .................. Dia seorang yang agak panas baran sikit. Aku kenal dia masa di tingkatan 6. Masa tu kawan2 biasa je. Baru berkenalan. Hehehe.. Masa aku kenal dia, dia aktif kadet polis. Kawad kaki muka dia, kem2 sekolah muka dia. Bukan tu aje, selalu ponteng kelas pn muka dia jugak. Haha.. Tapi dia baik tw.  Korang nak tgk x muka dia time sekolah? Time pakai baju kadet polis? Ok, aku nak tunjuk tw. Tengok bawah!


Semasa di tingkatan 6  


Ha! Korang nampak x perbezaan muka ni dengan muka kt atas? Muka kt ats dia dah jadi tentera. Aktif Kadet Polis tapi Tentera jugak yang kau masuk sayang.. :)
Masa ni aku dengan dia agak rapat jugak la. Tapi masih bertapis sbb dia masih lagi couple orang. Tapi hati dah suka kan. Tahan la jugak kan perasaan time tuh.. Tapi kini dia sudah pun jadi milik aku selama 3tahun 4bulan. 
Korang nak tahu kenapa aku boleh jatuh hati pada dia? Sebabnya: baik hati, sentiasa senyum and buat orang sekeliling turut tersenyum, ngade2, and banyak lagi. Takkan aku nak tulis kat sini kn? Cukup lah aku sorang yang tahu. Tapi sejak aku kenal dia, hidup aku memang 100% berubah lah. Baik dari hubungan couple and keyakinan terhadap hubungan. And now, kiteorang terpaksa berjauhan kerana dia terpaksa bertugas di negeri orang. Tapi ia x mematahkan semangat aku terus mencintai dia.. :)
Ok la. Itu aje untuk hari ni. Nanti kita jumpa lagi k? K byeee.. :)


P/S: Saya cakap yang benar pasal awak sayang. Saya sayangkan awk :)
Sayang Awak :)

Hadiah untuk si dia..



Assalammualaikum..

Hari ni aku nak cakap mengenai hadiah untuk si dia. Tak kira la hadiah harijadi ke, anniversary ke, atau ape2 aje la. Yang penting hadiah untuk si dia yang kita cintai. Ok, now aku nak kongsi sikit beberapa jenis hadiah yang kita boleh bagi pada buah hati kita. :)

1. Baju
Kita boleh bagi dia baju. Contohnya baju couple ke, baju yang dia dah lama idamkan ke, xkisah la baju apa pn, yang penting baju. Tapi korang kena tahu saiz baju dia jugak, warna baju yang dia suka, jenis fesyen yang dia minat. Jangan main beli je, nanti dia xpakai pulak. Kan dah membazir.

2. Wallet / Purse
Ok, kalau nak bagi wallet / purse, make sure wallet / purse tu menepati citarasa si dia. Jangan la beli macam orang nak pergi pasar kn. Beli ikot style zaman sekarang. Walaupun wallet / purse tu murah, tapi kalau korang bagi dengan penuh keikhlasan, pasti si dia akan menghargainya!

3. Topi (Utk kaum Adam)
Topi khas untuk kaum lelaki. Ok, wanita di luar sana, cuba sesekali bagi hadiah topi pada si jejaka. Tapi kena ekot fesyen yang dia suka tw! And korang kena make sure yang dia memang jenis orang yang suka pakai topi. Kan ade sesetengah lelaki tak suka pakai topi, rimas kata nya. Jadi sebelum nak beli tu, make sure yang dia suka pakai topi atau tak. Nanti dah beli, dia xpakai pulak. Dah la xpakai, dia boleh bagi kat adik / kawan dia pulak. Menangis kita nanti. Macam dia tak hargai pemberian kita pulak kan.

4. Tudung (Utk kaum Hawa)
Ok, now tudung pulak. Tudung memang sinonim dengan kaum wanita kan? Apa kata kita hadiahkan tudung pula pada si dia. Tapi, kita kena pilih betol2, kena pilih jenis tudung yang dia selalu pakai. Warna lak jangan la warna yang terang2, bagi warna yang lembut je. Sedap mata memandang, sedap lagi hati menerima kn? Tapi, pastikan tudung ekot fesyen terkini tw. Mahal sikit xpe, yang penting dia gembira dengan hadiah kamu tu!

5. Minyak Wangi
Apa kata, sesekali hadiahkan si dia dengan wangian minyak wangi yang terbaru. Pasti si dia akan menyukai nya. Orang kata minyak wangi pengerat hubungan, Jadi, kalau nak dia lekat dengan kita je, bagi la 1 minyak wangi yang kita akan dapat hidu hari2!

Ok lah, itu sahaja untuk hari ni, Pada kawan2 yang nak bagi hadiah untuk si dia tapi masih buntu, cuba lah bagi hadiah macam aku suggest ni k? Gud Luck! :)


P/S: Sayang, hadiah untuk awak akan tiba. Sabar k syang? :)




Sayang Awak :)

Aku Sayang Kau?

Assalamualaikum....

(nothing to say). Aku Sayang Kau? Betol ke Aku Sayang Kau? Ape punye soalan la aku ni. Mesti la Aku Sayang kau. Sayang gle2 tau! Kau Sayang Aku x? Mesti la kau pn Sayang Aku kan. Lau x, xkan kita ley bertahan hingga ke 3 tahun 4 bulan kn? Aku nak bagi 1 lagu ni khas utk kau tau Sayang. Kau dengar ok nanti? Aku Sayang Kau sangat2!




Even lagu ni lagu sedih, aku tetap nak kau dengar jugak. Aku nak kita ambil iktibar dari lagu ni. Kita jgn berpisah. Kita pertahankan hubungan kita sehabis mungkin. Aku teramat2 sayangkan kau.

P/S: For My Beloved (Mohammad Syaffiq)






Sayang Awak :)

Will You Marry Me?

     
 
           Harith & Syira berjalan menuju ke sebuah Taman ( tidak diketahui nama nya)

Harith: Syira, Harith tanya sikit boleh?

Syira: Boleh. Apa dia?

Harith: Dah berapa lama kita kawan?

Syira: Hari ni dah genap 5 tahun perkenalan kita. Kenapa?

Harith: (Tersenyum) Syira tau tak yang Harith sayangkan Syira?

Syira: Syira pun syangkan Harith. Kenapa Harith tanya macam tu?

Harith: (Diam) Harith sebenarnya ada perkara penting nak bagitahu Syira.

Syira: Apa dia? Cakaplah.

      Harith berlari dibalik pokok. Harith keluar sambil memetik gitar dan menyanyikan baris lagu dari penyanyi yang kian menaik, Akim (Aku Janji)

Harith: Aku akan selalu menjaga dan mencintaimu. Aku janji padamu, takkan menduakan mu. (2X)

       Harith mengeluarkan sekotak cincin berbentuk hati berwarna merah dan di hulurkan kepada Syira.

Harith: Syira, Harith terlalu sayangkan Syira. Harith harap Syira sudi menjadi permaisuri Harith. Syira, Will You Marry Me?

Syira: (Terdiam)

Harith: Will You Marry Me?

Syira: Harith, Syira pun terlalu sayangkan Harith. Syira sudi jadi permaisuri Harith. Peneman kala susah senang bersama Harith. Harith, Yes I do. (Syira menghulurkan jari sambil menitiskan air mata)

Harith: Terima Kasih Sayang. ( Sambil menyarungkan cincin ke jari Syira)

Harith: Hooray! Aku akan selalu menjaga dan mencintai mu. Aku janji padamu, takkan menduakan mu.






P/S: Hubungan yang ikhlas akan berakhir ke jinjang pelamin. Hargailah cinta yang telah di kurnia kan oleh-Nya.









Sayang Awak :)

Awak! Saya Rindu...

Assalamualaikum...

Hari ni AKU nk luahkan HATI. AKU RINDU SESEORANG. Orangnya adalah AWAK (MOHAMMAD SYAFFIQ). Walaupun baru semalam DIA balik, AKU tetap RINDU kat DIA. Tak tau la KENAPA,WHY? Tp tetap RINDU. Mungkin dh dekat sebulan DIA dekat sini, ade kat depan mata AKU je. Bile DIA balik, AKU jadi RINDU. KORANG2 pun mesti ade RINDU dekat SESEORANG kn? Mesti DIA adalah ORANG yang ISTIMEWA bg KORANG kn ? Macam tuh jugak AKU! AKU RINDU DIA beb! Semalam baru je DIA bertolak naik keretapi balik ke Kelantan.. Oppss!! DIA bukan ORANG KELANTAN ok??? DIA bekerja di sana atas ARAHAN KERAJAAN.. Hehehe.. Bila lagi la DIA dapat CUTI and jumpa AKU? AKU memang tengah RINDU GILER kt DIA neh weh!

AKU boleh NANGIS weh bila RINDU KAU. Mcm BUDAK2 kan AKU?



Nanti DIA akan kata "Semua ni DUGAAN SAYANG.. KITA kena tempuh, supaya HUBUNGAN KITA makin KUKUH. SAYA SAYANG AWAK  SANGAT2.." Ni la ayat yang DIA selalu cakap kt AKU.. KEKUATAN DIA membuatkan AKU kuat untuk hadapi DUGAAN yang mendatang. Bila AKU SEDIH sbb RINDU kan DIA, mesti DIA akan cakap, "Sabar SAYANG.. SAYA pun RINDU AWAK jugak.. Nanti ade MASA, KITA JUMPA k?" AKU sangat2 lah TERHARU bila DIA cakap macam tuh.. AKU dapat rasakan KEIKHLASAN DIA MENCINTAI AKU



AKU CINTA KAU!

Hmm, KORANG TERHARU tak? Heheheh.. AKU tau KORANG2 pun mesti tengah RINDU SESEORANG. So ape lg? Ambik HP KORANG, tulis "SAYA RINDU AWAK SANGAT2" then tekan butang SEND. Biar DIA tau KORANG RINDUKAN DIA. Ok? Sampai sini dulu ENTRI aku untuk HARI NI. Pada yang tengah MERINDUI SESEORANG, UCAPKANLAH sebelum DIA merindui ORANG LAIN. Ok? Jumpa lagi! K Byeeeee! :)

Sayang Awak :)

Perkenalan Pertama

Assalamualaikum semua..
 Hari ni AKU nk cerita about MY LOVE.. Hehe.. Ok la, kita straight to the point.. Nk tw mcm mane AKU boley fall in love dgn SI DIA a.k.a MY MUCUK? Nak dijadikan cerita, AKU sekolah satu sekolah dgn DIA. Masa tuh AKU menuntut di Tingkatan 6. Tapi masa tuh, AKU dh ade bofiee (BF) sebenarnye and DIA pn ade GF.. Tp nk di jadikan cerita, AKU and bofiee AKU ada salah faham and kiteorang terpaksa berpisah.. Hanya DIA tempat AKU luahkan kekecewaan AKU coz AKU rs DIA la kwn susah senang AKU. Tp selang beberapa bulan, DIA pn ditakdirkan berpisah dgn GF DIA and dari situ bermula lah perhubungan KITEORANG. Mula2 tuh KAWAN je, then jd TEMAN TAPI MESRA Tp xtw la mcm mane kiteorang boleh IN LOVE EACH OTHER.. And pada tarikh 10/09/2008,KITEORANG declare as a COUPLE.. Alhamdulillah, KITEORANG masih lg bersama walau macam2 dugaan yang datang even ade yang busuk hati dengan hubungan KITEORANG.. AKU harap KORANG2 yang baca ni pn turut mendoakan kesejahteraan hubungan KITEORANG... AKU cuma nak KAU tahu yang AKU cuma CINTA kan KAU sorang aje... MOHAMMAD SYAFFIQ BIN MOHD YUSOF

Perkenalan Pertama Kami




Love, Love, Love


Sayang Awak :)

Copyright@Terpelihara milik Fatin Liyana