Assalammualaikum... :) Hy.. Selamat datang ke blog saya. Dah masuk jgn lupa follow k? tQ ^^,

~I L.O.V.E You~

"Curi-curi Suka" Giveaway!


Assalammualaikum semua..

Mari kita join GA dari blogger terkenal ni.. Eqbal Zack

Cuma klik ini untuk ke blog nya.... :)

Good Luck
Sayang Awak :)

Selamat Hari Raya!!



Assalammulaikum...

Ramadan sudah hampir meninggalkan kita. Jadi di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai saya ada terkasar bahasa, tersilap kata, terguris hati awak-awak semua. 




                                                      SELAMAT HARI RAYA...

                                                      MAAF ZAHIR & BATIN..

Ikhlas dari,
Fatin Liyana





P/S: JANGAN MAIN MERCUN OK!! BUNGA API TAKPE..HEHEH...TAKE CARE!! :D

Sayang Awak :)

My New Baby - Samsung Galaxy Pocket


Assalammualaikum.. 

Hello3.. Kopi campur milo.. Saya nak cerita keterujaan saya memiliki handphone Samsung Galaxy Note.. Harga RM395 + Memory Card 2gb + Protector Screen + Cover Handphone..

Fuh!! Finally, saya dapat jugak handphone smartphone yang saya idam-idamkan... Memang sangat-sangat suka tw! Nak tengok handphome baru kita x? Jom terjah!!



Samsung Galaxy Pocket

Oklah, itu aje yang nak di kongsikan. Bye! :)


Yang menulis,
Fatin
Sayang Awak :)

Sourvenir dari Kelantan



Assalammualaikum..

Apa khabar? Baik..Hahah... Oklah, sekarang nak upload gambar baju yang diberi oleh cik abg kite.. Jom tengok!


Sourvenir dari Kelantan

Hello3! Sila abaikan 'I LOVE KELANTAN' ok??? I tak berapa nak LOVE KELANTAN.. Hahaha :D

Thank You pada cik abg sebab belikan baju ni untuk kite.. Sayang cik abg ketat-ketat.. Hee


Yang menulis,
Fatin
Sayang Awak :)

Bookmark dari Novelist


Assalammualaikum..

Hye-hye but not bye-bye.. Hee.. Ok kali ni cerita pasal novelist lagi. "Sha Ibrahim" Nak kata orang baru, tak jugak sebab dh 2 novel dia berada di pasaran. Biarkan Ia Berlalu & Dia Segalanya.. Ala, tak kisah la.. Janji penulis yang kita kenal walaupun hanya di alam maya.

Ok, sebenarnya dia adalah bagi buah tangan sikit, bookmark Dia Segalanya.. Jadi siapa yang tulis nama dapat la bookmark tuh.. Lawa gile wehh!! Nak tengok? Jom!


Bookmark Novel Dia Segalanya

Ha, amacam? Cun habis kn? Memang seronok dapat gift dari penulis ni.. Sebab diorang kreatif and kita pun boleh la simpan sebagai kenangan.

Kak Sha Ibrahim ---> Maaf, baru ada novel BIB. Hee.. Bajet kurang laa...Tapi takpe, saya akan beli jugak novel DS tu dan saya akan komen ok? Heee

Ok la guys, see you!

Yang menulis,
Fatin
Sayang Awak :)

Contest Cipta Madah Cinta @ Alahai! Mutiara Minda


Assalammualaikum..

Muka aku lagi.. Haha.. Suka hati aku la, blog aku.. Ado mak kisah nak? Kah3.. Ok stop, jangan merapu..

Aku nak kongsi lak kisah aku mencipta madah cinta di Alahai! Mutiara Minda .. Mula-mula aku cuba tak pernah menang. Tapi aku cuba lagi , dan lagi, dan lagi.. Akhirnya! Aku berjaya juga.. Aku menang tempat kedua. Alhamdulillah.. Aku jadi teruja gila! Tak sangka.. Haha.. Korang nak tahu tak apa yang aku tulis? Jom....


"TIADA CINTA YANG INDAH MELAINKAN CINTA SEJATI.. TETAPI TAK MUNGKIN KITA AKAN MILIKINYA.. HARGAILAH CINTA YANG TELAH DIKURNIAKAN OLEH-NYA.. AGAR CINTA ITU MENJADI CINTA SEJATI SEPERTI YANG KITA HARAPKAN"

Wallah! Amacam? Menyentuh kalbu tak? Hahaha... Ni yang aku cipta dan aku dapat tempat ke-2.. Alhamdullilah.. Hadiah yang aku dapat is 2 buah novel terbitan Fajar Paker dan Baucer Buku MPH RM15. Jom kita tengok gambarnya...


Hadiah sempena cipta madah cinta

Kan? Nampak kan? Alhamdulillah.. Kalau kawan-kawan nak join jugak, masuk aje dekat 
FB ---->Alahai! Mutiara Minda .. Macam-macam peraduan page ni selalu buat. Mana tau ada rezeki kan? Boleh menang novel free..

Ok lah, sampai sini dulu.. See you soon.. Bye-bye..

Yang menulis,
Fatin



Sayang Awak :)

Sign dari Novelist (Novel ---> SCKK)


 Assalammualaikum..

Hello! Kali ni aku nak kongsi pasal 'kejakunan' aku dapat sign dari Novelist baru ---> Kak Rafina Mimi Abdullah. Novel dia ---> Sayang Cikgu Ketat-Ketat.. Keh3.. Novel yang agak sengal. Kenapa? Sebab apa? Sebab Cikgu Safarin a.k.a Cikgu Pareng.. Memang lawak habis laa... I loikeeeeeeee.. Haha.. Ok, sebenarnya dah lari tajuk.. Korang nk tau apa yang lawaknye? Korang beli la novel SCKK under KN.Memang best. Ceh! Sempat promote. Huhu.. 

Sebenarnya, ini kali pertama aku dapat sign a.k.a tandatangan dari penulis novel. Memang jakun, bangga, suka, gembira.. Aish, macam-macam perasaan ada la.. Yela, baru 1st time dapat, mahu tak jakun.. Kan? Ok, jom kita tengok.....



Sign dari penulis ---> Kak Rafina Mimi Abdullah


See? Nampak tak 'kejakunan' aku? Jangan gelak okey! Ni memang 1st time aku dapat tandatangan dari penulis novel..

Thank You Kak Rafinan Mimi Abdullah sebab sudi sain novel saya. Novel akak memang best. 5* untuk SCKK :)


Yang menulis,
Fatin
Sayang Awak :)

Hadiah dari Novelist - Kak Ara sempena contest 'Surat Cinta Untuk Kea'



Assalammualaikum..

Rasanya dah lame aku tak update cerita sensasi kat sini.. Maklum lah, bz sikit.. Huhu.. Hmm, ok.. Aku nak bagitahu kau, kau dan kau.. Aku ade join 1 contest ni dr novelist baru "Ara Sharrina".. Dia adalah buat contest review untuk novel sulung dia --> KEA..

Aku pun join la.. Saja nk try bakat bole review ke x? Ececech..ayat.. Haha.. Well, aku pun review la... Berjela jugak la aku review tapi ada spesial sikit sebab ada surat spesial untuk KEA.. :)

And setelah pemilihan dan penentuan, aku pun terpilih antara top 10 review terbaik.. Peh, macam tak percaya pun ada. Tak sangka lak boleh dapat top 10.. Sebab aku target, aku akan dapat saguhati aje.. Tapi alhamdulillah, aku berjaya berada di top 10. Korang nak tengok tak hadiah nye? Jom terjah.. Sangat comey okey hadiah tu...


Mug spesial dari Novelist --> Kak Ara Sharrina



Ehem-ehem.. Lawa tak mug tuh.. Spesial okeyh?! Thank you Kak Ara sebab pilih saya antara top 10. Saya pun xtahu part mana yang buat akak pilih saya, tapi saya tahu mesti ada sebab kenapa Kak Ara pilih saya kn? Thank you so much! Saya suka sangat-sangat mug ni.. And novel KEA pn 5* saya bagi..

Oklah, pada kawan-kawan yang minat novel ,aku cadangkan korang beli la novel ni.. Memang sangat-sangat best.. Banyak pengaran yang kita boleh dapat dalam novel ni.. 

Sekian, Salam


Yang menulis,
Fatin
Sayang Awak :)

Surat Cinta untuk KEA Contest



Salam untuk semua.. :)

Ehem-ehem.. Kak Ara, first sekali SORRY if review ni boring! Hehe.. Tapi saya ingin mencuba. :) Ok, we start now.. Huhu



Personal review:
KEA, KEA, KEA.. Eh-eh.. Dok seru nama KEA lak.. Hehe.. Ok, KEA ALYISSA merupakan seorang pelajar di dalam jurusan perubatan yang telah di tugaskan menjadi doktor refferal di bawah pengawasan Doktor Yusof. KEA ditugaskan untuk mengendalikan salah seorang pesakit Doktor Yusof, iaitu HAIKAL HAKIMI ASHRAF yang disahkan menghidap penyakit kanser otak. Pengenalan yang tak di sangka, xdi duga antara mereka membuahkan bibit-bibit cinta. Siapa sangka kan jodoh untuk mereka.
Well, bagi saya cerita ni sangat santai, smooth, penggunaan ayat yang sangat-sangat relax. Yela, hari-hari kita akan guna perkataan ni kan. Jalan ceritanya, sangat menarik, tertarik, kau memang da bomb. Oppss! Terlebih sudah.. Hehe. Cuma ada sesetengah ayatnya macam silap eja aje.. OH MY EJAAN! Bak kata tuan punya novel.Huhu. Tapi xpe, di maafkan.Hehe. Ok, ada few part yang buatkan saya terbuai-buai, ketawa besar, sedih and geram! Huh! Now, kita selidik one by one.. Huhu

Haikal sayang...
Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Pencipta mengenai you, ia adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.. Get Well Soon Dearie.
With Love – Kea
(Sangat penuh dengan cinta. KEA memberikan kad yang mempunyai kata-kata semangat untuk HAIKAL. Dekat sini, kita dah boleh nampak keikhlasan KEA mencintai HAIKAL. Bukan mudah mencintai insan yang sedang sakit seperti HAIKAL. Tapi, bagi KEA kalau dah cinta, apa pun sanggup! )

“Haikal... tolong halalkan hubungan ini. Tolong halalkan hubungan kita dengan setulus hati. I mahu menjaga you hingga ajal yang memisahkan kita”
( Oh my! Ade ke wanita yang direct cakap macam tu? Teruja sangat. Macam saya pulak HAIKAL. Yes, I do.. Hehe >,<)

Love Message 1:
To my dearest Kea, put this sweet dress on you and let’s start the game.
p.s: Terkejut? Okey,  boleh tutup mulut tu sekarang.
Love,
Haikal.

Love Message 2:
Gotcha! Calling Me? Nope.. Sorry darling, I wont pick up.. Let’s follow the flow and I promise you’re going to love it!
p.s: Neah, don’t pouted.. I tarik muncung you nanti.
Love,
Haikal

Love Message 3:
Wow! You nampak cantik dengan dress tu! Cepat-cepat siap, pemandu peribadi you akan tiba bila-bila masa dari sekarang.
p.s: Please, I lagi suka kalau you lepaskan ikatan rambut tu.
Love,
Haikal.

Love Message 4:
Your so called personal driver is in front of you right now isn’t it? Make sure your step slowly get into the car.
p.s: Tempat you di belakang. Don’t flirt dengan driver and stop asking about this and that. You know I’m gonna be jealous, right?
Love,
Haikal.

Love Message 5:
I can hear your heart beats so fast right now. Are you nervous? Don’t worry sayang.. you’re doing fine. I am proud of you :)
p.s: See you soon..
Love,
Haikal.

( Wow! Love message ni make me crazy! Saya rasa HAIKAL ni romantik sangat. So swett >.< Untunglah KEA. Sepanjang saya baca, saya senyum meleret je.Boleh gila bayang baca Love Message ni. Walaupun HAIKAL ni sakit, tapi kasabaran KEA menjaga HAIKALA seolah-olah sakit tu tak pernah wujud :) )

Tapi bila part sedih, aduahi.. Saya pun menangis jugak. Huuu T_T Masa pertemuan Mak Cik Zulaikha (Mama HAIKAL) and Dato’ Ashraf (Papa HAIKAL) masa dekat hospital, saya rasa terharu sangat. Kerana KEA, akhirnya mama and papa HAIKAL bertemu jua. Meleleh-leleh airmata saya menghayati novel ni. Tapi alhamdulilllah, berkat pujukan KEA, HAIKAL dan mamanya bersatu semula. Bukan tu aje. Papa HAIKAL turut melamar mama HAIKAL menjadi isterinya semula. Alhamdulillah :) ...

Zarif.. Ya Zarif! Sangat tidak suka dengan Zarif.. Grrrr!! Atilia dia kan dah mati.. Kenapa nak juga dekat KEA. Takkan dia tak boleh bezakan between Atilia and KEA kan ? Sangat geram sampai sanggup memporak perandakan rumahtangga KEA dan HAIKAL. Jahat! Tak suka! Eii! Tapi tu la, perjalanan ALLAH tiada siapa yang tahu.. Dan akhirnya setelah memporak perandakan rumahtangga KEA and HAIKAL, he passed away.. Sungguh tragis pulak tu! Padan muka! Finally, KEA sudah terbukti tidak bersalah. Mereka bersatu semula. Bahagia. Semakin bahagia dengan kehadiran anak kembar mereka iaitu ALYA SOFEA dan ADAM HANIF. Kesihatan HAIKAL semakin hari semakin baik. Benarlah kata orang, kalau sudah jodoh, berlakulah apa pun, mereka akan tetap bersama.

ppssttt2.. kak ara.. ada surat sampai rumah saya, tapi saya rasa surat tu untuk kea. akak bagi la dekat kea ok? :P

kea..
terima kasih kerana menerima diri ini
walaupun banyak kekurangan dan kelemahan
kau masih senantiasa berada di sisi
membuatkan aku semakin penasaran..

kea..
hadirnya dirimu umpama bintang yang berkilau
memberi aku suatu kehidupan yang baru
sesungguhnya, itulah kuasa terhebat darimu
membuatkan aku jatuh cinta padamu..

kea..
mungkin ini takdir untukku
jatuh cinta pada dirimu
ketika aku sakit tidak berdaya
tetapi kau masih tetap setia..

kea..
aku bersyukur ke hadrat illahi
kerana kurniaan kau kepadaku
aku akan tetap menyayangimu
hingga ke akhir hayatku nanti..

lots of love,
haikal.




p/s: maaf kalau review ni panjang berjela. tapi ini yang saya rasa masa saya baca novel kea alyissa ni. saya bagi 5 +++ bagi novel yang best ni! :) :) :)  love u kak ara :)

Sayang Awak :)

Keseronokan berjalan di Zoo :)


Assalammualaikum...




Dah lame x update blog.. Ehem.. for today I want story mory about my happiness...
Cik abg dpt cuti, jadi saya cadang la nk pergi ke Zoo Johor.. Sangat best! Happy + Suka + Bahagia sangat-sangat.. :) :) Bukan selalu dapat jumpa, jadi kesempatan jumpa, kasi enjoy puas-puas la.. Mari kita tengok antara gambar di Zoo Johor & Stulang :)





Peace yo! :)


My Lovely younger brothers :)


My Love :)

:)
I Love You Sayang :)
Always happy! :)


Suka, suka, suka




Lovely Couple ( FIQLIY )



@ Stulang


Thank You sayang buat saya happy untuk hari ini.. Thanks sangat-sangat.. I Love You Always! ;)


Sayang Awak :)

Hati-hati tau!


Assalammualaikum..

To awak, Mohammad Syaffiq..
Hati-hati tau dekat sana. Jaga diri and kesihatan. Makan ikut time and jangan tak makan pulak! Kalau kena duty, hati-hati k. Lame tu 2 bulan. Dengan jarang msg. Xpe, yang penting awak sihat and selamat balik ke kem k? ^^,

Sebelum berangkat






Selamat menjalankan tugas

P/S: Ape-ape, inform saya tau! Take care!
Sayang Awak :)

Teristimewa untuk awak



Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Sihat? Ok lah, Miss F nk cerita sikit. Dalam boring-boring tetiba timbul idea nak buat bantal hasil kreativiti Miss F sendiri untuk di beri pd Mr.S. Haha. Macam kelakar kan? Tapi memang itu la Miss F nak buat untuk Mr.S. Well, nampak macam poyo, tapi Miss F tetap nak buat jugak. And you know what? Mr.S suka sangat dengan bantal yang Miss F buatkan untuk dia. Siap mintak buat untuk bantal kereta lagi. Wah! Dah lebih nampak? Bayar la, bukan tahu mintak aje. Heee ^^,  Tapi Mr.S dah suka pn dh kira bagus bagi Miss F. Kira dia hargai la pemberian Miss F tuh O_o. Heeee.. Korang nak tengok tak hasil kerja tangan, otak Miss F? Kalau xlawa, jangan gelak tau! Senyap-senyap je. Tapi lau cantik, komen la cikit.. Heee.. Ok, tengok bawah semua. Miss F nak tunjuk dah nie.. Ready?? 1, 2, 3, go! ^^,





Bahagian depan



Bahagian belakang     










Hah! Macam mane? Korang dah tengok kan? Heee.. Korang nak kutuk? Kutuk la.. Tapi, korang ado?? Hahaha.. Bila Miss F tunjuk nie dekat Mr.S, terus dia kata suka. And kiteorang dah pakat-pakat nak buat couple shirt lak. Korang ade? :-P Tak kisah la. Lain orang, lain caranye. Well, Kita tengok nanti bila couple shirt siap lak k? Miss F pn xtahu la bile bole siap couple shirt tu. Sebab nak buat bantal nie pn makan masa berminggu-minggu bcoz Miss F bz giler! Haha. Well done Miss F (puji diri sendiri ^^,) Ok lah, jumpa lagi.. Bye




P/S: Thx coz sudi terima pemberian yang tak seberapa nie. Chewah! (^_^)
Sayang Awak :)

5 Tips Cinta Kekal Lama..


 Assalammualaikum....

Apa khabar semua? Sihat? Ok harini saya nak bagi tips 'Cinta Kekal Lama' Nak tahu? Jom terjah kat bawah nie:


1. Berprasangka baik
     - Mempercayai pasangan dalam apa jua perkara yang dilakukan oleh pasangan.
     - Seeloknya bertanya terlebih dahulu sebelum menerjah tak tentu pasal. Kesian dia..

2. Saling berhubung
     - Walaupun seorang di utara, seorang di selatan, perlu ada 'keep n touch' but not ' touch and go'.
     - Selalu telefon, tanya khabar, ucap kata-kata syang, rindu, cinta. Biar terubat ciket hati disana :)

3. Bersikap jujur
     - Jangan buat sesuatu yang boleh mencurigakan pasangan.
     - Cth: keluar dengan lelaki/perempuan lain, msg dgn org lain dsb

4. Setia
     - Pencinta yang terhebat adalah kekasih yang setia terhadap pasangannya.
     - Jadi jangan curang, cheat, tikam belakang pasangan kite. Tak baik

5. Memahami
     - Perlu ada komunikasi yang baik antara pasangan
     - Memahami apa jua keadaan pasangan tak kira masa, tempat
     - Kalau dia tengah marah, kite kena sentiasa bersabar. Mungkin ada sebab kenapa dia marah. Jadi, sabar, faham, bantu.



So, macam mane? Boleh perbaiki mane yang retak? Jangan sampai pecah. Perbetulkan mane yang kurang, cantikkan lagi mane yang dah sedia teguh. InsyaAllah akan bertahan lama. Orite? ^^, Oklah, itu saja perkongsian saya untuk hari ini.. Jumpe lagi. K Byeeeeeeee... :)




P/S: Awak... Love at You (",)
Sayang Awak :)

Alhamdulillah..



Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Sihat?Alhamdulillah... Ok lah. Kali nie aku nak cerita sikit pasal rezeki. Rezeki adalah pemberian Allah kepada semua umatNya. Yang membezakan nya hanyalah  rezeki yang kita perolehi itu dalam jumlah yang banyak atau sedikit.. Hmm ok. Aku dilahirka dalam sebuah keluarga yang agak susah jugak lah. Tidak terlalu senang dan tidak juga terlalu susah. Tapi aku bersyukur sebab aku masih punya ibu dan ayah. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga. Jadi beban yang dipikul lebih kurang sama seperti beban yang dipikul oleh seorang ayah. Jadi sedikit sebanyak menguji mental aku. Aku hampir putus asa dengan kehidupan aku. Tapi aku terpikr, ini semua tanggungjawab aku, tak kira anak, isteri dan sebagainya. Hampir setiap hari aku berfikir, aku ingin membuka 1 perniagaan dimana aku boleh menbantu keluarga aku. Tapi perniagaan bagaimana aku ingin buka dan berapa peratus perniagaan aku akan berjaya?? Semua itu berada di kepala aku. Sehinggalah 1 hari aku berjumpa semula dengan kawan lama aku, Aqmal Foo. Dan tak sangka dia menceburi 1 bidang perniagaan yang aku rasa boleh pergi jauh walaupun pada mulanya aku agak-agak ragu dengan perniagaannya. Tetapi setelah diberi penerangan demi penerangan, segala bukti, Alhamdulillah.. Aku masuk juga bidang yang dia ceburi. Dia selalu memberi semangat pada aku, membakar semangat pada aku agar tidak mudah putus asa. Setiap perniagaan akan ada untung dan ruginya dan aku harus berani tempuh semua tu. Niatnya hanya 1, membantu rakan seperjuangan dengannya. Aku akan sahut cabaran kau Aqmal. Dan terima kasih tak terhingga kerana kau membuka mata hati aku untuk menceburi bidang perniagaan yang aku sendiri tak jangka akan begitu hebat hasilnya. Alhamdulillah dan terima kasih! Aku pasti dan pasti aku mampu melakukannya.. Amin.. Terima Kasih Ya Allah kerana kau bukakan pintu rezeki untukku. Terima Kasih... Sekian...


Aku boleh!



P/S: Tidak lupa juga pada orang yang tersayang iaitu my family and my love. Tanpa kamu semua, saya takkan mampu hadapi semua dugaan. Terima kasih!


Sayang Awak :)

Sayang.. :)




Sayang..
Akulah insan yang paling bahagia jika memiliki dirimu..
Akulah insan yang memasang hasrat untuk menjaga hatimu sekiranya engkau menjadi milikku..
Aku juga berjanji untuk menghakis sikap keras kepalaku sekiranya engkau menjadi teman lelaki agar engkau lebih senang dan tenang bersammaku..
Aku janji!








P/S: I LOVE YOU :)

Sayang Awak :)

Tips Kekalkan Hubungan..



Assalammualaikum..

Apa khabar semua? Hari ni aku nak kongsi sikit tips untuk kekalkan hubungan.. Antaranya:

1. Memaafkan pasangan walaupun tak dapat lupa apa yang dilakukannya.
2. Meminta maaf sekerap yang boleh dan lakukan dengan ikhlas.
3. Selami dan rasai kesakitan yang di alami pasangan.
4. Bersangka baik terhadap pasangan.
5. Curahkan pujian seikhlas hati.
6. Bangkitkan perasaan positif dengan mengingat perkara-perkara yang baik pada masa lalu.
7. Bina keupayaan dalam hubungan.
8. Buka ruang unuk berbincang mengenai hubungan.

Jadi, pada sesiapa yang ada masalah dalam hubungan, korang buat semua ni k? InsyaAllah, hubungan korang akan stabil seperti sedia kala. Amin..





P/S: Awak, jangan ada salah faham antara kita. Jadi kita kena ikot tips-tips ni jugak k? ;)
Sayang Awak :)

Rindu? Macam mane ni??



Assalammualaikum...


            Orang selalu kata, kalau kita rindu seseorang. "Pandanglah bintang yang paling terang sinarnya kerana orang itu juga turut merindui kita" Yeke? Betol ke?? Aku rasa kalau rindu, pandang aje gambarnya atau telefon terus tuan empunya badan kan senang. Hahaha.. Ini pendapat aku ajelah. Lain orang lain caranya. 


              Tapi kalau aku rindukan dia, aku akan lakukan 3 perkara nie. Kira dh sebati lah dengan aku. Pertama, aku akan mesej dia and kata "Awak.. Saya rindu awak  )':  " (Sambil buat muka sedih. Hehehe). And dia mesti akan balas "Saya pun rindukan awak jugak sayang" Wahh!! Best kan dapat mesej macam nie. Heheh... Kedua, sebelum tidur aku tengoklah dulu gambar dia. Baru lena tidur. Heheheh.... Lastly, aku peluklah teddy bear pemberian dia masa tidur. Jadi terubatlah sikit rindu tuh. Hehehe.. Korang macam mane? Mesti ade cara tersendiri kan? Hehehe.. Ok la , itu saja perkongsian aku untuk hari nie.Nanti kita jumpa lg.. K bye... :)



Ni lah teddy bear nye.. Tantik kn? Hehehe..


P/S: Miss You, Love You.. :)


Sayang Awak :)

Seronok! Seronok! Seronok!


Assalammualaikum..

Dah lame aku tak update blog kn.. Kali ni aku nak update entry pasal kegembiraan aku semalam.. Pertama, lagi sekali bofiee aku balik tanpa bagitau aku.. Tiba-tiba muncul depan umah je. Aku pn ape lg, ajak la dia pegi umah adik angkat aku. Adik angkat aku tunang semalam. Hasliza nama nye.. Tahniah Cza :) 


Inilah wajah akak and abg ipar angkat dia.. Heheh



Nielah orangnye.. Hasliza.. Tahniah!


Nie abg angkat dengan bestfriend dia :)

Pastu aku ajak dia jumpe member aku dekat Taman Senai Jaya.. Fitri Yanti namanya..Dia baru dapat baby baru, gegurl. Nama baby tuh lau tak silap aku la, Nur Ariana Farina / Farhana.. Sory la Yan,aku lupa la nama anak kau.. Hahaha.. Then, aku, my bofiee, adik angkat aku a.k.a Ejad dgn awek dia a.k.a Fuza jalan2 dekat IOI Mall, Kulai. Seronok gila lah! Dengan kesilapan teknikal bofiee aku lagi.. Hahahah! mmg lawak la! Tapi biarlah itu menjadi rahsia kami berempat.. Pape pn, korang memang best lah! Aku sayang sangat kat korang sume.. :)


P/S: Thanx awk sbb buat saya hepi semalam.. Sayang awak sangat2!



Sayang Awak :)

Cinta semakin pudar? Tengok cepat!



Assalammualaikum..

Hari nie aku nak kongsi sikit tanda-tanda cinta gf/bf yang semakin pudar. Korang baca dulu and nilai lah sendiri samada cinta korang masih utuh macam dulu atau sudah pudar? Korang baca and check ok?

  1. Malas angkat telefon
  2. Mula bagi macam-macam alasan
  3. Bila ajak keluar, asyik-asyik kata dia busy, sibuk memanjang
  4. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati
  5. Mula mengelakkan diri dari berjumpa
  6. Mula keluar dengan orang lain
  7. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa. Sebulan tak jumpa pun tak apa
  8. Jawab sms kalau dulu 10 patah, sekarang dah 1 patah. Tu pun ringkasan mcm ‘k’
  9. Ada saja kelemahan kita yang dia nampak
  10. Bila kita cakap i love u, dia balas ‘eemm k’ jer
  11. Bila tanya tetibe jer dia nak melenting tak tentu pasal
  12. Kita yang beria-ria, tapi dia buat macam acuh tak acuh jer
  13. Susah nak senyum @ gurau @ gelak ketawa dengan kita
  14. Dia beri perhatian lebih pada orang lain…lebih suka kawan-kawan dia dari kita
  15. Dengan orang lain, dia boleh mengaku single
  16. Langsung tak nak ambil tahu pasal kita, buat bodo jer. Dah tak tanya ‘dah makan ke belum?..tak macam dulu
  17. Kalau dulu keluar dating, pegang-pegang tangan. Tiba-tiba, dah tak nak pegang. Rimas katanya.
  18. Dulu-dulu pakai baju mesti nak matching, sekarang dah tak nak. Macam budak-budak. Buat poyor jer, katanya.
  19. Dulu kalau pergi toilet, pastu tak angkat tepon. Sekali check, ada miskol 10 kali. Tapi skang, nih ada 1 miskol pun dah cukup baik
  20. Bila ajak keluar, memanjang jer bagi alasan tak ada duit, sibuk kerja….
  21. Dulu panggil sayang, tapi tiba-tiba dah tukar jadi nama
  22. Sudah mula keluar perkataan BOSAN la, BORING la, TAK BEST la.
  23. Mula mempersoalkan bentuk badan kita…makin berisi lah…terlalu kurus lah…muka pucat lah…macam2
  24. Dulu masa gaji selamber jek dia bagitau kita. Sekarang ni, bila tanyea pasal gaji ” weh tu duit saya la….awak sebuk pesal ape??
  25. Dulu sanggup tolak ajakan kawan-kawan, sebab nak gi dating dengan kita. Tapi skang tolak ajakan kita nak gi dating sebab nak kuar dengan kawan-kawan katanya.
  26. Dulu-dulu, kalau dia salah, cepat jer dia cakap “Sorry awak”, “Maafkan saya awak”…Tapi sekarang, dah lah tak mengaku salah. Tak pernah minta maaf. Dia boleh salahkan kita lak. Padahal dia yang salah.
  27. Dulu mesti sebelum tidor, dia call kita dulu. Tapi skang, tak pun…alasannya, lupa la, penat la, dah tertidur la.

Ha... Korang dah baca kan? So macam mane? Ada tak sikit-sikit perubahan yang berlaku pada gf/bf korang?? Cepat bertindak sebelum kita yang menagis nanti. Aku pn kena check neh.kot2 bf aku pn ade pagai yang macam ni. Hehehe.. Ok la. kita jumpa lagi nanti ye? K bye..........


P/S: Kalau awak ade perangai macam kat atas neh, siap awk! (Amaran!)
Sayang Awak :)

3 Tahun 4 Bulan


Assalammualaikum..

Hari ni aku nk update entry pasal hubungan kiteorang yang genap setahun. Sebenarnya dh 3tahun. Tapi aku nak tunjuk korang gambar kiteorang dari setahun ke setahun. Hehehe.. Kiteorang couple pada 10/09/2008. And pada 10/09/2009 genap lah hubungan kiteorang yang ke setahun. Cepat je masa berlalu aku rasa masa tuh.Ok, sekarang aku nak tunjuk gambar kiteorang pada tahun pertama perkenlan kiteorang..


Genap Setahun


Amacam? Ok x? Hehehe.. Ok, pada 10/09/2010 genap la hubungan kiteorang yang ke-2 tahun. Ya Allah, memang tak sangka akan kekal sampai 2 tahun. Ok sekarang tengok gambar kiteorang bila genap 2 tahun. Tengok tw!

Genap 2 tahun

Haa.... And pada 10/09/2011 genaplah hubungan kiteorang yang ke-3 tahun. Memang cepat sangat masa berlalu.. And lagi sekali memang tak sangka akan kekal sampai ke hari nie. Doa aku agar kekal and bahagia. Amin.... Next, gambar hubungan ke 3 tahun.

Genap 3 tahun



Ok. Pada aku yang penting kejujuran, kesetiaan, kasih sayang and saling memahami akan membuat hubungan kita tahan lama. Alhamdulillah,itu yang terjadi pada aku. Dan pada 10/01/2012, kiteorang dah couple selama 3 tahun 4 bulan. Amin..
Oklah, itu saja entry aku untuk hari nie. K byee....


P/S: Aku sayang sangat2 dekat Kau!


Sayang Awak :)

Kaulah cinta hatiku..

Mohammad Syaffiq Bin Mohd Yusof

Assalammualaikum...

Aku nak cite sikit pasal dia.. Nama dia Mohammad Syaffiq Bin Mohd Yusof. Umur dia sebaya aku. Dilahirkan pada .................. Dia seorang yang agak panas baran sikit. Aku kenal dia masa di tingkatan 6. Masa tu kawan2 biasa je. Baru berkenalan. Hehehe.. Masa aku kenal dia, dia aktif kadet polis. Kawad kaki muka dia, kem2 sekolah muka dia. Bukan tu aje, selalu ponteng kelas pn muka dia jugak. Haha.. Tapi dia baik tw.  Korang nak tgk x muka dia time sekolah? Time pakai baju kadet polis? Ok, aku nak tunjuk tw. Tengok bawah!


Semasa di tingkatan 6  


Ha! Korang nampak x perbezaan muka ni dengan muka kt atas? Muka kt ats dia dah jadi tentera. Aktif Kadet Polis tapi Tentera jugak yang kau masuk sayang.. :)
Masa ni aku dengan dia agak rapat jugak la. Tapi masih bertapis sbb dia masih lagi couple orang. Tapi hati dah suka kan. Tahan la jugak kan perasaan time tuh.. Tapi kini dia sudah pun jadi milik aku selama 3tahun 4bulan. 
Korang nak tahu kenapa aku boleh jatuh hati pada dia? Sebabnya: baik hati, sentiasa senyum and buat orang sekeliling turut tersenyum, ngade2, and banyak lagi. Takkan aku nak tulis kat sini kn? Cukup lah aku sorang yang tahu. Tapi sejak aku kenal dia, hidup aku memang 100% berubah lah. Baik dari hubungan couple and keyakinan terhadap hubungan. And now, kiteorang terpaksa berjauhan kerana dia terpaksa bertugas di negeri orang. Tapi ia x mematahkan semangat aku terus mencintai dia.. :)
Ok la. Itu aje untuk hari ni. Nanti kita jumpa lagi k? K byeee.. :)


P/S: Saya cakap yang benar pasal awak sayang. Saya sayangkan awk :)
Sayang Awak :)

Hadiah untuk si dia..



Assalammualaikum..

Hari ni aku nak cakap mengenai hadiah untuk si dia. Tak kira la hadiah harijadi ke, anniversary ke, atau ape2 aje la. Yang penting hadiah untuk si dia yang kita cintai. Ok, now aku nak kongsi sikit beberapa jenis hadiah yang kita boleh bagi pada buah hati kita. :)

1. Baju
Kita boleh bagi dia baju. Contohnya baju couple ke, baju yang dia dah lama idamkan ke, xkisah la baju apa pn, yang penting baju. Tapi korang kena tahu saiz baju dia jugak, warna baju yang dia suka, jenis fesyen yang dia minat. Jangan main beli je, nanti dia xpakai pulak. Kan dah membazir.

2. Wallet / Purse
Ok, kalau nak bagi wallet / purse, make sure wallet / purse tu menepati citarasa si dia. Jangan la beli macam orang nak pergi pasar kn. Beli ikot style zaman sekarang. Walaupun wallet / purse tu murah, tapi kalau korang bagi dengan penuh keikhlasan, pasti si dia akan menghargainya!

3. Topi (Utk kaum Adam)
Topi khas untuk kaum lelaki. Ok, wanita di luar sana, cuba sesekali bagi hadiah topi pada si jejaka. Tapi kena ekot fesyen yang dia suka tw! And korang kena make sure yang dia memang jenis orang yang suka pakai topi. Kan ade sesetengah lelaki tak suka pakai topi, rimas kata nya. Jadi sebelum nak beli tu, make sure yang dia suka pakai topi atau tak. Nanti dah beli, dia xpakai pulak. Dah la xpakai, dia boleh bagi kat adik / kawan dia pulak. Menangis kita nanti. Macam dia tak hargai pemberian kita pulak kan.

4. Tudung (Utk kaum Hawa)
Ok, now tudung pulak. Tudung memang sinonim dengan kaum wanita kan? Apa kata kita hadiahkan tudung pula pada si dia. Tapi, kita kena pilih betol2, kena pilih jenis tudung yang dia selalu pakai. Warna lak jangan la warna yang terang2, bagi warna yang lembut je. Sedap mata memandang, sedap lagi hati menerima kn? Tapi, pastikan tudung ekot fesyen terkini tw. Mahal sikit xpe, yang penting dia gembira dengan hadiah kamu tu!

5. Minyak Wangi
Apa kata, sesekali hadiahkan si dia dengan wangian minyak wangi yang terbaru. Pasti si dia akan menyukai nya. Orang kata minyak wangi pengerat hubungan, Jadi, kalau nak dia lekat dengan kita je, bagi la 1 minyak wangi yang kita akan dapat hidu hari2!

Ok lah, itu sahaja untuk hari ni, Pada kawan2 yang nak bagi hadiah untuk si dia tapi masih buntu, cuba lah bagi hadiah macam aku suggest ni k? Gud Luck! :)


P/S: Sayang, hadiah untuk awak akan tiba. Sabar k syang? :)




Sayang Awak :)

Copyright@Terpelihara milik Fatin Liyana