Cinta
Kau hadir tanpa ku duga,
Membuatkan kita leka,
Bahagia, indah isi didalam nya,
Yang membuatkan kita gembira.
Cinta
Kadang-kadang ia amat menyakitkan,
Apabila insan tersayang meninggalkan kita,
Tapi itu asam garam bercinta,
Menjadikan kita insan lebih sempurna.
Cinta
Kerana kau, aku kini menyendiri,
Kerana kau, aku kini lebih berhati-hati,
Kerana aku tahu peritnya bercinta,
Apabila ada insan tidak menghargai kita.
Cinta
Kerana kau, aku kembali kepada pencipta,
Kerana kau, membuatkan aku leka dan alpha,
Tapi kini aku sedar semuanya sementara,
Tiada yang lebih indah melainkan cinta kepada-Nya.
Cinta
Pahit manis suka duka lumrah dunia,
Kita tetap akan menghargainya,
Kita tetap akan mengingatinya,
Walau payah untuk diluahkan,
Kerana cinta hadir dari Yang Maha Esa...
No comments:
Post a Comment